DFDFD
www.smttaa.com
Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan
KM6 Jalan Kuala Lumpur, 28700 Bentong, Pahang
Phone: 09-2225466   Fax: 09-2233089

Laman Web Rasmi SM Vokasional Tengku Ampuan Afzan
Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan pada asalnya adalah salah satu dari lapan buah sekolah menengah vokasional yang dibuka pada tahun 1989 dengan kos pembinaan melebihi RM 12 juta. Siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 1988. Sekolah ini mula beroperasi pasa 3 Januari 1989 dengan nama Sekolah Menengah Vokasional Bentong. Pengetua pertamanya ialah En. A. Parameswaran. Jumlah guru dan kakitangan ketika itu adalah seramai 32 orang dan 350 pelajar kumpulan pertama telah mendaftar di tingkatan 4 pada 20 Februari 1989. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar pada hari Sabtu 23 Zulhijjah 1411 bersamaan 7 Julai 1991. Sempena dengan itu baginda berkenan menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan sebagai memperingati permaisuri baginda yang telah kembali ke Rahmatullah tahun 1990.



Sekolah ini dibangunkan di kawasan seluas 137,894.75 m˛ (34 ekar). Terletak di Km 6 Jalan Kuala Lumpur (Jalan Lama), 28700 Bentong, Pahang. Di utaranya adalah Taman Mawar, di baratnya Taman Kolej, di selatannya Powernet Industries dan mencerun di tenggaranya ialah Jalan Kuala Lumpur.
<<Klik Untuk Peta Ke Lokasi Sementa>>



Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan Gemilang 2006—Telah tercapai (Sekolah Harapan Negara)
Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan Gemilang dan Terbilang 2010—Visi Baru 2008
Sekolah Menengah Teknik Tengku Ampuan Afzan Cemerlang 2012 - Terkini

Sekolah Menengah Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong telah dinaiktaraf kepada Sekolah Menengah Teknik mulai tahun 1995. Pengambilan pertama seramai 240 orang pelajar aliran teknik tingkatan 4 pada 8 Januari 1996 bagi kursus Kejuruteraan Awam, ektrik dan Mekanikal.


Memperoleh Kecemerlangan Kurikulum dan Kokurikulum Untuk MelahirkanPelajar Yang Berilmu Pengetahuan, Berakhlak Mulia dan Berketrampilan
Hakcipta Terpelihara © 2010 - Bahagian Pembangunan Web Sementa
PENAFIAN:
Pihak SEMENTA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Sejarah
Lokasi
Visi
Taraf
Misi
Lawatan Benchmark ke SMK Khai Mun telah diadakan pada 2 April 2010 - E-Pengurusan

Lawatan Benchmark ke SMT Shas Kuala Lipis pada 9 April 2010 - Pengurusan Aset dan Stok serta Pemantapan Akademik

Kejayaan Johan berganda Sepak Takraw Sementa dalam MSSM Bentong dan KAT Pahang.

Sementa (Bentong) merangkul Naib Johan Kejohanan Ragbi MSSM Pahang.

Bola Sepak, Bola Tampar merangkul naib johan MSSM Bentong

Pasukan Bola Jaring johan KAT Pahang bersama Sepak Takraw mewakili Pahang ke KAT Kebangsaan

Tahniah dengan segalam pencapaian dan kejayaan....
Semoga Terus Maju dan Berjaya



Papan Notis
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila emailkan ke:

sementa_ict@yahoo.com

Saluran informasi Sementa..... Sementa Cemerlang 2012
Online Casino
Anda ada pelawat yang ke

Dikemaskini pada 12 Mei 2010
Latest News Update:

Lawatan Bencmark Ke SMK Khai Mun pada 2 April 2010

Lawatan Benchmark ke SMT Shas Kuala Lipis pada 9 April 2010

Kejayaan-kejayaan pasukan sukan Sementa dalam MSSM dan KAT

Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan 5'S Sementa

Sila klik ke pautan Album


Forum alumni para ex-sementa, sila kunjungi dan daftar:
http://www.sementa-alumni.forummotion.com